Mengenai LEGA

Penyakit Jantung merupakan penyakit nombor satu di Malaysia. Kolestrol pada tahap yang tinggi adalah salah satu faktor utama serangan jantung dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan jantung.

Walaubagaimanapun, ia masih boleh diurus dengan tabiat makan yang sihat, menjalani cara hidup sihat dan tambahan sumber makanan semula jadi yang baik untuk diet anda dengan pembersihan kolesterol secara menyeluruh.

human-heart
536825466.g_0-w_g

Bagi memenuhi diet anda diwaktu anda sibuk, Jus LEGA telah dirumus dari bahan-bahan terpilih dengan khasiat , mineral serta nutrien yang penting untuk tubuh badan. Ianya 100% hanya dari bahan-bahan terbaik. Setiap botol Jus LEGA mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti Bawang Putih, Halia, Lemon, Cuka Epal dan Madu dengan penjagaan kebersihan yang teliti dan sukatan yang sempurna untuk anda mendapatkan hasil yang terbaik.

Lega boleh diambil sekurang-kurang 2 sudu sehari (satu sudu siang dan satu sudu malam) atau sebanyak mana yang anda suka mengikut kondisi tubuh badan dan masalah penyakit.

Inilah masanya untuk kita mendengar hati kita, berikan apa yang diperlukan. Jadikan LEGA sebagai makanan diet seharian anda dan alamilah sendiri perubahannya.

  • Dua Sudu Sehari. Hanya satu sudu siang dan satu sudu malam. (Selepas Makan)
  • Diiktiraf Halal oleh JAKIM. Tanpa bahan pengawet. Tiada bahan berasaskan haiwan. Diperbuat di Kilang Muslim dan 100% dari kakitangan Muslim.
  • Kilang pemprosesan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Sesuai untuk semua peringkat umur

Kajian universiti-universiti seluruh dunia telah mengesahkan bahawa khasiat-khasiat semulajadi bahan-bahan asli dapat mengelakkan beberapa penyakit. Di antara bahan-bahan semulajadi yang dapat menyembuhkan penyakit adalah termasuk bawang putih, halia, lemon, cuka epal dan madu.

Bawang putih secara semula jadi mengandungi satu komponen yang dikenali sebangai allicin. Dan bahan ini sudah digunakan sebagai satu kaedah rawatan dan perubatan sejak dari dahulu lagi – Mesir, Babylon, Greek dan China.

Selain itu, kajian mendapati bahawa bawang putih memainkan peranan yang besar dalam kesihatan secara umum kerana bahan sulfur (allicin) yang dihasilkan sebaik sahaja ianya di potong, cincang ataupun dikunyah – bahan tersebut adalah penyebab keluarnya bau bawang putih tersebut. Ianya dapat membantu sistem kekebalan badan, memelihara kesihatan peredaran darah serta dapat menguatkan imuniti badan.

Halia boleh dibuat minuman dan dijadikan ramuan masakan. Halia juga dikatakan dapat membantu meredakan tekanan dan memulihkan dalaman badan.

Amalkan minum air halia dengan madu setiap hari pasti anda dapat merasai kelainan dan wajah juga tubuh tampak segar. Sekaligus menyerlahkan kecantikan semulajadi. Ianya dapat mengubati selsema, sakit kepala, rahang, saluran darah, arthiris, sendi-sendi dan batuk.

Air lemon merupakan diuretik semulajadi, yang mana membantu tubuh menyingkirkan cecair dan toksin bersama. Asid sitrik yang terkandung di dalamnya juga membantu fungsi buah pinggang serta penghasilan enzim untuk detoks pada organ hati.

Organ hati diketahui umum merupakan salah satu organ utama dalam proses membuang toksin daripada tubuh manusia. Bila toksin dapat disingkirkan, nutrien daripada makanan juga akan lebih mudah diserap. Ia juga dapat membantu menggalak kekebalan badan, memulihkan penghadaman dan membaik pulih kesihatan hati.

Senaman, bersukan dan kerja-kerja yang berat boleh meningkatkan penghasilan asid laktik di dalam badan, membuatkan anda rasa letih.

Apa yang menarik adalah, asid amino yang terdapat di dalam cuka epal boleh bertindak sebagai antidot kepada situasi ini. Pada masa yang sama, potasium yang terdapat di dalam cuka boleh melegakan rasa letih dan lemah badan. Ianya juga bertindak sebagai tonik untuk penyakit diabetis, kanser, jantung dan kolestrol tinggi. Selain itu ianya dapat membantu mengurangkan berat badan dan penghadaman.

Di dalam madu terdapat sifat-sifat antioksida yang baik untuk kita. Antioksida disini bermaksud bahan yang membuang agen pengoksidaan yang merbahaya di dalam tubuh manusia. Dengan mengamalkan madu sekurang-kurangnya satu sudu setiap hari anda telahpun membekalkan bahan antioksida yang bermanfaat untuk tubuh anda.Berkesan mengubati penyakit usus, organ pernafasan, jantung dan saraf.

Cara minum Jus lega
2 kali sehari
1 sudu pagi dan 1 sudu malam
(Setengah jam sebelum sarapan/makan malam)
**Kepada yang mempunyai masalah GASTRIK, anda disyorkan minum Jus Lega 2 jam selepas sarapan/makan malam**

**Sudu plastik diberi percuma.

Bagi kanak-kanak, disyorkan 1 sudu kecil pagi dan 1 sudu kecil malam.