Pengurusan

Pengurusan syarikat Lega Health Sdn Bhd dibarisi oleh pengarah serta pengurus yang berkaliber. Mereka terdiri dari pelbagai lapisan serta mempunyai pengalaman serta kemahiran dalam bidang masing-masing bagi menguatkan Lega Health Sdn Bhd menembusi pasaran makanan tambahan yang berkhasiat.

sh

Siti Hawa binti Abdullah
Pengarah Urusan

Puan Siti Hawa binti Abdullah, atau lebih mesra dikenali sebagai Puan Siti mula membuat campuran herba seawal tahun 2012 untuk kegunaan sendiri. Namun selepas pengunaan campuran herba memberikan kesan positif kepada diri dan keluarga, Puan Siti mula memperkenalkannya kepada rakan-rakan yang lain.

Puan Siti mendapati bahawa campuran jus herba yang dibuat olehnya dapat membantu membersihkan arteri yang tersumbat. Beliau seterusnya mengkaji lebih dalam mengenai campuran jus tersebut iaitu lemon, bawang putih, cuka epal, halia dan madu. Dengan bantuan internet dan maklumat dari perpustakaan, beliau seterusnya mendapatkan bantuan kajian dan pembangunan bersama MARDI. Ujian oleh MARDI mendapati kandungan jus adalah bebas merkuri dan bahan-bahan merbahaya yang lain. Seteleh mendapat nasihat profesional dari MARDI, Puan Siti seterusnya mula mengilangkan jus tersebut dan diberikan nama sebagai LEGA. Beliau menubuhkan syarikat dengan nama YS Mercu Jaya dan kini dikenali sebagai Lega Health Sdn Bhd.

yz

Yazid bin Md Saat
Pengarah

Yazid memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam bermula dari tahun 1970 serta berkhidmat dalam Pejabat Perdana Menteri bermula pada tahun 1982. Dalam tempoh itu, beliau ditempatkan dibeberapa negara asing seperti Myanmar, Thailand, Perancis dan Amerika Syarikat. Beliau akhirnya bersara pada tahun 2015.

mz

Muhammad Zuki bin Abd Rahman
Pengarah

Muhammad Zuki merupakan graduan dari Institut Teknologi Mara pada tahun 1985. Beliau memulakan kerjaya sebagai Juruanalisa di NCR Malaysia bermula tahun 1985 sehingga 1987. Pada waktu itu, NCR Malaysia merupakan syarikat IT kedua terbesar dinegara. Pada tahun 1986 sehingga 2006, beliau meneruskan kerjaya sebagai Pengarah Kanan IT dan Pinjaman di Maybank Investment Bank dan juga bertanggungjawab terhadap Jawatankuasa Kredit, Audit, Risiko dan Operasi di bank berkenaan. Dari tahun 2006 sehingga 2008, beliau telah dilantik sebagai Pengurus Besar di Maximise Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Dataprep Holdings Bhd, syarikat IT yang disenaraikan di Bursa Saham. Syarikat berkenaan membekalkan solusi kepada proses perbankan samaada secara konvensional dan juga patuh Syariah didalam dan diluar negara.

Pada tahun 2008, beliau mengasaskan Meridian Diversified (M) Sdn Bhd yang mana berkerjasama dengan syarikat milik kerajaan dan juga institusi kewangan dalam membekalkan sistem IT untuk proses kewangan dan pinjaman. Sehingga kini, syarikat berkenaan masih lagi menyediakan perkhidmatan dalam IT. Sebagai memenuhi tanggungjawab sosial terhadap masyarakat, beliau juga sering memberi ucapan motivasi dan juga perniagaan di universiti tempatan.

ah

Abdul Hamid bin Abdul Aziz
Pengurus

Abd Hamid menyertai LEGA pada tahun 2014 dan telah diberi tanggungjawab dalam membentuk pelan perniagaan, proses operasi dan juga perakaunan syarikat. Pengalaman beliau yang luas dalam pentadbiran merupakan satu kelebihan dalam membantu membangunkan pemasaran, pengkalan data pengguna, sistem perakauanan, pengurusan stok dan juga proses pengilangan.

Abd Hamid merupakan graduan Royal Melbourne Institute of Technology, Universiti Melbourne dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan dalam Pemasaran, Pengurusan Perniagaan di Universiti Harley Davidson, Diploma Pengurusan di Malaysian Institute of Management dan juga Diploma Perakaunan di Institut Teknologi Mara. Beliau juga pernah ditempatkan di Harley Davidson Malaysia sebagai Pengurus Besar, IBEX Amalgamated Corporation Sdn Bhd sebagai Pengurus Perancangan Korporat Kumpulan, Melewar Gentali Sebagai Pengurus Projek Aprillia, Robertson Wilson Jamil (Haw Par Group) sebagai Pro-Office Operation Manager, AZHA Transportation sebagai Pengurus Besar dan ABX Express (M) Sdn Bhd sebagai Pengurus Perancangan Strategik. Pengalaman beliau yang luas dalam pentadbiran, kewangan, pemasaran dan operasi membolehkan beliau membantu operasi di LEGA Health Sdn Bhd. Beliau bertanggungjawab dalam membangunkan proses operasi di syarikat serta perancangan jangkamasa panjang perniagaan serta isu strategik yang memberi impak terhadap syarikat.

ms

Mohd Sufian bin Yazid
Pengurus Operasi

Mohd Sufian merupakan graduan Universiti Teknologi MARA dalam bidang Rekaan Industri. Beliau pernah ditempatkan di Hongkong Shanghai Bank Corporation selama 6 tahun di Global Exchange Department yang bertanggungjawab mengendalikan operasi perniagaan bersama Perancis.

Dapatkan promosi dan maklumat terkini!